, , , , , , , , , , , ,

PENGALAMAN PERTAMA MEMILIH KAMERA DSLR

Saya mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi sekitar tahun 2007. Kamera yang saya miliki ketika itu adalah kamera kompak Kodak Easyshare (tidak pasti model yang mana) yang dibeli di PIKOM PC Fair 2007, KLCC dengan harga lebih kurang RM4++. Selepas itu saya mula melihat hasil-hasil fotografi melalui website di internet di samping mempelajari serba sedikit berkenaan istilah-istilah fotografi melaluinya.

Pada tahun 2008, saya mula bercita-cita untuk memiliki DSLR yang pertama. Setelah melakukan sedikit research di internet, saya telah kecilkan pilihan saya kepada 3 jenama iaitu Nikon D80, Canon 350D yang harganya pada ketika itu sekitar RM3+++ dan Sony A300 berharga sekitar RM2+++. Tempat yang menjadi pilihan saya ialah Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang dan kedai yang berjaya menarik perhatian saya ialah kedai kamera TARITA. Mereka telah kehabisan stok Nikon D80, yang tinggal hanyalah Sony A300 dan Canon 350D. Setelah melakukan sedikit ujikaji ke atas kedua-dua model tersebut akhirnya saya telah memilih Sony A300 untuk menjadi DSLR pertama saya. 2 faktor utama yang mempengaruhi saya untuk memilih kamera tersebut adalah kerana colour yang terhasil dan juga rekabentuk badan kamera tersebut yang terasa amat kemas di dalam genggaman saya di samping harganya yang jauh lebih rendah. Selain itu kamera dari jenama ini juga boleh menggunakan lens-lens minolta AF yang lama (siap boleh AF lagi!!) yang mana saya rasa colour yang dihasilkan oleh lens minolta ini sangat HEBAT!

Ketika ini (tahun 2014) saya masih setia dengan SONY. Selepas model A300, saya beralih ke A580 kemudian A77 seterusnya A850 (kamera fullframe pertama saya). Walaupon teknologi silih berganti, tetapi model A300, A580 dan A850 masih berada di dalam simpanan drybox saya bersama-sama line up lens Tokina 11-16 2.8, Minolta AF 28-75 2.8, Minolta AF 50mm 3.5 Macro 1:2, Sony AF 50mm 1.4 & Sony AF 70-300G 4-5.6.

Walaupon jenama C & N menjadi pilihan utama ramai penggemar fotografi hari ini, tetapi ingin saya tekankan saya BANGGA menggunakan SONY!! :)

make.believe

Terima kasih.
KKC (KembaraKameraCabuk)

, , , , , , , , , , , ,

RED BULL AIR RACE 2014, PUTRAJAYA, MALAYSIA

Buat pertama kalinya perlumbaan ini di adakan di Putrajaya, Malaysia bertempat di Tasik Putrajaya dari 17-18 Mei 2014.  Pada 17hb telah diadakan pusingan kelayakan dan perebutan "Challenger Cup", manakala pusingan akhir diadakan pada 18hb. Putrajaya merupakan destinasi ke tiga untuk siri Red Bull Air Race 2014 selepas Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu dan Rovinj, Croatia. Selepas ini siri perlumbaan akan diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu Gdynia, Poland; Ascot, Britain; Dallas/Fort Worth dan Las Vegas, Amerika Syarikat; dan berakhir di China.

Perlumbaan akhir yang bermula jam 3.30 petang berakhir lebih kurang jam 5.30 petang. Cuaca pada hari tersebut kurang mengizinkan dengan hujan rintik-rintik, awan mendung dan langit kelabu. Tidak banyak aksi yang berjaya dirakamkan memandangkan lokasi tempat saya berdiri agak jauh dari trek perlumbaan.

Siri perlumbaan Putrajaya telah dimenangi oleh peserta veteren dari Britain, Nigel Lamb, 58 menewaskan 11 pelumba lain dengan catatan masa 15.023 saat.

Gear Saya:
Sony A850 + Sony SAL 70-300G
Sony A580 + Sony SAL 70-300G








, , , , , , , , , , , , , , , ,

HITAM PUTIH HKG SHZ 2014

Sedikit "Hitam Putih" sepanjang teambuilding trip dari 1 - 5 Mei 2014 ke Hong kong dan Shenzen, China.

Gear Saya:
Sony Alpha A580 + Tokina 11-16 2.8 (1st Version)
Sony Alpha A850 + Sony SAL 50mm 1.4

Sharp Shooter
Setting
Still available
Si Misai
Ratu Selfie
Camera Action!
Local Tour Guide
Selfie di mana-mana


, , , , , , , , , , ,

AO NANG ORCHIRD RESORT, KRABI, THAILAND

Ao Nang Orchird Resort, Krabi terletak kira-kira 30km dari Krabi Airport dan hanya 100 meter dari Ao Nang Beach. Resort ini berkonsepkan tropika dan alam semulajadi menjadikannya tempat yang sesuai untuk merehatkan minda dari hiruk pikuk kesibukan kota. Lokasinya juga amat strategik berdekatan dengan tempat membeli belah barangan cenderahati di sepanjang pantai Ao Nang.

Gear Saya:
Sony Alpha 580 + Samyang 8mm 3.5 Fisheye

Reception
Main building
Suites
Cooling
Relaxing
The bridge
Theme
Back to nature

, , , , , , , , , , ,

VICTORIA PEAK, HONG KONG

Dikenali dengan nama Mount Austin dan juga "The Peak" dikalangan masyarakat tempatan, berketinggian 552 metre (1,811 ft) dari aras laut, menjadikan the Peak adalah puncak tertinggi di pulau Hong Kong. Tempat ini dikelilingi oleh taman-taman awam dan juga kediaman mewah menjadikannya salah satu tempat tarikan utama pelancong yang datang ke Hong Kong.

Semestinya tempat ini menjadi tumpuan para penggemar fotografi dan tempat yang wajib dikunjungi untuk merakamkan keindahan pulau Hong Kong dari puncak the Peak ini. Agak malang bagi saya kerana kunjungan saya ke sini selepas waktu senja dan disambut dengan cuaca yang mendung dan gerimis disertai dengan angin kuat menyebabkan aktiviti fotografi saya terpaksa dihadkan.

Gear Saya:
Sony A580 + Tokina 11-16 2.8(1st version)

Attraction
View from The Peak
The Peak Galleria
The Peak from Outside

, , , , , , , , , , ,

WINDOW OF THE WORLD, SHENZEN, CHINA

Window of the World merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di Shenzen, China.  Terletak di bahagian barat bandar Shenzen, kawasan ini berkeluasan 118 ekar dan mempunyai lebih kurang 130 replika bangunan-bangunan yang menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia. Replika bangunan di sini saiznya dibina berbeza dari ukuran bangunan sebenar mengikut nisbah sama ada 1:1, 1:5 atau 1:15.

Tempat ini dibuka seawal jam 9.00 am hingga 22.30 pm. Bayaran masuk bagi Dewasa & Kanak-kanak yang tinggi melebihi 1.5m adalah 160RMB. Kanak-kanak dari 1.2m-1.5m, Senior Citizen 65-69 tahun dikenakan bayaran sebanyak 80RMB, manakala bagi kanak-kanak 1.2m ke bawah dan Senior Citizen 70 tahun ke atas, masuk adalah PERCUMA. Bagi Evening Show (selepas 19.30 pm) bayaran adalah 50RMB.

Jika menggunakan teksi daripada airport, tambang adalah sekitar 70RMB, manakala jika menggunakan Subway, anda boleh menaiki Metro Line 1 dan berhenti di Shijiezhichuang (Window of the World) station. 

Gear Saya:
Sony A580 + Tokina 11-16 2.8 (1st version)

Netherlands
Kincir Angin, Belanda
London Bridge??
Belanda
Taj Mahal

Eiffel, Tower from Entrance

, , , , , , , , , ,

PULAU LANGKAWI 2014

Alhamdulillah, berkesempatan ke pulau lagenda, Langkawi, dari 16 April hingga 19 April 2014 yang lepas. Sepanjang berada di sana walaupun cuaca panas terik tetapi keadaan langit yang biru memberi kelebihan kepada saya untuk merakamkan keindahan di pulau lagenda tersebut. Sementara menunggu gambar-gambar lain siap menjalani post processing, saya dahulukan entri kali ini dengan 3 keping gambar yang pertama terlebih dahulu.

Gear Saya:
Sony A850 + Tokina 11-16 2.8 (1st version)

Pantai Cenang
Pantai Beras Basah
Kembara Jet Ski, Pantai Beras Basah
Dataran Lang
Cable Car, Gunung Mat Cincang
Dataran Lang - Fly Away
Tasik Dayang Bunting


, , , ,

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - PART II

Reunification Palace

Bangunan yang dulunya dikenali sebagai Independence Palace ini telah siap dibina pada 31 Oktober 1966 dan menjadi tempat tinggal rasmi Presiden Vietnam Selatan semasa Perang Vietnam (Vietnam Utara Vs Vietnam Selatan). Vietnam Selatan teah hilang kuasa ke atas bangunan ini apabila jatuhnya Saigon pada 30 April 1975, di mana tentera Vietnam Utara berjaya menawan bangunan ini dengan merempuh masuk menggunakan kereta kebal seterusnya menamatkan Perang Vietnam yang telah berlanjutan sekian lama. Bangunan ini telah ditukar nama daripada Independence Palace kepada Reunification Palace pada November 1975 menerusi konvensyen di antara pihak Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Tempat ini dibuka kepada pelawat dari Isnin hingga Jumaat dari pukul 7.30 am - 11.00 am dan 1.00 pm - 4.30 pm.

Gear Saya:
Sony Alpha A580 + Lensa Samyang 8mm 3.5 Fisheye
View from Outside
View from Level 1
Model kereta kebal yang merempuh masuk pada 1975
Reunification Palace - Inside
Reunification Palace - Inside
Reunification Palace - Inside
Reunification Palace - Inside
Reunification Palace - Inside
Reunification Palace - Inside
Formal President's Car