CUTI-CUTI CAMERON HIGHLAND


Kali ketiga menjejakkan kaki ke Cameron Highland, setelah kali terakhir datang ke sini pada tahun 2008 (bersama isteri yang baru beberapa hari dinikahi :)). Kunjungan kali ini adalah bersama keluarga saya, keluarga abang saya dan adik beradik yang lain (saya mempunyai 5 orang adik beradik) pada 4 hingga 6 Februari 2012 yang lepas. Walaupun melalui jalan Tapah, perjalanan sangat lancar kerana tidak banyak kereta yang menggunakan jalan tersebut pada pagi 4 februari itu. Terasa perubahan suhu yang agak sejuk sejak bermula dari Tapah, Pekan Ringlet, Tanah Rata dan akhir sekali Pekan Berinchang. Kami tinggal di Crown Imperial Court Apartment yang mempunyai 3 bilik tidur 2 bilk air berserta dapur dengan harga RM580.00 untuk 2 malam. Lokasi yang sangat strategik (terletak dibahagian belakang stesen minyak Petronas) berdekatan dengan Tapak Pasar Malam Brinchang, Big Strawbery Farm dan juga Cactus Farm. Jika kami ke Cameron Highland lagi pada masa akan datang, apartment ini semestinya menjadi pilihan utama kami.

Kamera: Sony Alpha A580 | Lensa: Konica Minolta 28-75 2.8(D), Sony 18-55 3.5-5.6 SAM

At Crown Imperial Court Apartment, Pekan Brinchang
Tukang Hibur Keluarga
Iman & Misha Bersama Si Tukang Angkut
At Taman Rama-Rama, KEA Farm
At Big Strawbery & Cactus Farm
At Ladang Teh, Tanah Rata







Leave A Comment