MEE BANJIR UDANG

Makanan yang paling popular kalau anda ke Kuala Sepetang, Taiping, Perak semestinya Mee Banjir Udang. Terdapat banyak gerai di sepanjang jalan Taiping-Kuala Sepetang yang menjual makanan ini. Pertama kali  saya merasai makanan ini adalah sewaktu mengikuti satu cabaran fotografi yang dianjurkan oleh Sony Malaysia pada 24 Julai 2011 yang lepas. Dari segi rasa, saya rasa kuahnya lebih kurang sama dengan mee bandung yang saya makan di Shah Alam, tapi yang membuatkan ianya istimewa adalah bilangan dan saiz udang yang ada dalam semangkuk mee. Pendek kata betullah kata sesetangah orang "selak udang baru nampak mi". Terasa betapa freshnya isi-isi udang yang masuk ke dalam mulut untuk menjadi santapan perut, manis dan kenyal. Pada harga RM12 semangkuk untuk Mee Banjir Udang Special di Restoran Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang, saya rasa amat berbaloi jika anda menikmatinya apabila sampai ke Kuala Sepetang ini.

Kamera: Sony Alpha A580 | Lensa: Minolta AF 50 3.5 Macro

Sony A580 | Exposure: 1/40 | Aperture: f 6.3 | Focal Length: 50mm | ISO: 400
Sony A580 | Exposure: 1/40 | Aperture: f 6.3 | Focal Length: 50mm | ISO: 400

Leave A Comment