SAMYANG 8MM 3.5 MC FISHEYE

Samyang 8mm 3.5 MC Fisheye lens ini adalah lens fisheye pertama saya. Lens keluaran Korea ini dibeli dengan harga RM1115.00 (termasuk kos penghantaran) dari Fotogears yang beribupejabat di Pulau Pinang. Keinginan untuk memilikinya datang selepas melihat hasil-hasil dari lens ini di Group Flickr.com dan juga membaca beberapa review di internet. Tambahan pula harga lens ini adalah jauh lebih murah berbanding lens fisheye yang ada di pasaran ketika ini. Salah satu faktor harganya jauh lebih rendah adalah kerana kaedah penggunaanya hanyalah dengan Manual Fokus, tetapi setelah pertama kali mencubanya, tidaklah terlalu sukar untuk mendapatkan gambar yang sharp (DOF lens ini juga sangat besar). Di bawah ini adalah sebahagian dari  percubaan kali pertama saya ketika menerima lens ini. 

Kamera: Sony A300 | Lensa: Samyang 8mm 3.5 MC Fisheye

Potrait Testing
Landscape Testing
Landscape Testing
Landscape Testing
Potrait Testing 
Potrait Testing 

Leave A Comment