IMAN DI TAMAN TASIK PERDANA

Selepas melawat Pameran Orkid & Bonsai 2012 pada hari Sabtu (24 Mac 2012) yang lepas, saya terus membawa keluarga ke Taman Tasik Perdana yang terletak tidak jauh dari situ. Sambil menikmati bekal Mee Goreng dan Sandwich Sardin dan Telur yang dibawa dari rumah, Iman sangat excited mencuba setiap permainan yang ada di Taman Permainan Kanak-Kanak tersebut. Kebetulan waktu itu tidak ramai kanak-kanak yang ada kerana jam baru menunjukkan pukul 2.00 petang. Ini memudahkan lagi saya untuk mengawal setiap pergerakan Iman sebagi langkah berhati-hati. Apa yang pasti, Taman Tasik Perdana adalah satu tempat yang sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga pada masa hujung minggu.

Pilot In Action!!
Sedia untuk berlepas...
Butterfly!
Ready 1, 2 Goooo!!
Aksi Si Cilik 
Jom Senam!!

Leave A Comment