PAMERAN ORKID & BONSAI KUALA LUMPUR 2012




Pameran Orkid & Bonsai 2012 yang diadakan buat julung kalinya telah berlangsung dari 23 Mac 2012 hingga 27 Mac 2012 (10.00 pagi hingga 7.00 petang) bertempat di Taman Botani Perdana, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Pameran tersebut bertujuan untuk mempromosikan Taman Botani Perdana kepada pengunjung dalam dan luar negara bersempena dengan perlumbaan Formula 1 Sepang yang diadakan pada minggu ini. Seperti biasa, kesempatan ini saya ambil untuk membawa keluarga melawat ke Taman Botani Perdana pada Sabtu (24 Mac 2012) yang lepas, di samping menajamkan kemahiran dalam mengambil foto bunga-bungaan. Kami tiba lebih kurang pukul 10.30 pagi, dan pulang lebih kurang pukul 1.00 petang. Ini adalah sebahagian daripada gambar yang berjaya saya rakamkan semasa ke Pameran Orkid & Bonsai tersebut.

Pada hari tersebut, saya banyak menggunakan kamera Sony Alpha A300 yang dipadankan dengan lensa Minolta AF 28-75 2.8 (D) bagi gambar close up manakala Sony Alpha A580 dipadankan dengan lensa Samyang 8mm 3.5 MC Fisheye bagi sudut wide angle, manakala dari segi pencahayaan, saya hanya menggunakan available light (walaupun membawa bersama flash, tetapi kerana tahap kemalasan yang tinggi, saya hanya membiarkan saja flash tersebut terperam di dalam beg). Semua foto dirakamkan secara handheld tanpa menggunakan tripod.


Sony A580 | Samyang Fisheye | Exposure: 1/125 | Aperture: f8 | Focal Length: 8mm | ISO: 100
Sony A300 | Minolta AF 2875 2.8(D) | Exposure: 1/80 | Aperture: f3.2 | Focal Length: 70mm |  ISO:  200
Sony A300 | Minolta 2875 2.8(D) | Exposure: 1/100 | Aperture: f3.2 | Focal Length: 75mm | ISO: 200
Sony A300 | Minolta 2875 2.8(D) | Exposure: 1/50 |  Aperture: f3.2 | Focal Length: 75mm | ISO: 200
Sony A300 | Minolta 2875 2.8(D) | Exposure: 1/80 | Aperture: f3.2 | Focal Length: 75mm | ISO: 200
Sony A300 | Minolta 2875 2.8(D) | Exposure: 1/50 | Aperture: f3.2 | Focal Length: 55mm | ISO: 200
Sony A300 | Minolta 2875 2.8(D) | Exposure: 1/100 | Aperture: f3.2 | Focal Length:  40mm | ISO: 200
Sony A300 | Minolta 2875 2.8(D) | Exposure: 1/200 | Aperture: f3.2 | Focal Length: 75mm | ISO: 200
Sony A300 | Minolta 2875 2.8(D) | Exposure: 1/320 | Aperture: f3.2 | Focal Length: 75mm | ISO: 200
Sony A300 | Minolta 2875 2.8(D) | Exposure: 1/100 | Aperture: f3.2 | Focal Length: 75mm | ISO: 200
Sony A300 | Minolta 2875 2.8(D) | Exposure: 1/50 | Aperture: f3.2 | Focal Length: 75mm | ISO: 200
Sony A300 | Minolta 2875 2.8(D) | Exposure: 1/80 | Aperture: f3.2 | Focal Length: 40mm | ISO: 200

Leave A Comment