HO CHI MINH CITY, VIETNAM - PART I

Saigon Central Post Office

Bangunan yang terletak di tengah-tengah bandaraya Ho Chi Minh, iaitu di Number 2, Paris Commune Street, District 1, merupakan salah satu bangunan tertua yang berada di bandaraya ini. Bangunan ini dibina sekitar antara tahun 1886 - 1891, berdasarkan rekaan seorang arkitek dari Perancis yang terkenal bernama Gustave Eiffel, telah menjadi salah satu lambang utama bandaraya Ho Chi Minh dan menjadi Post Office tersibuk di sini. Bangunan ini menjadi tarikan pelancong kerana rekaan dalaman dan luarannya yang dipengaruhi oleh ciri-ciri Kolonial Perancis. Pejabat pos ini dibuka bermula jam 6.00 am hingga pukul 10.00 pm.

Saigon Notre-Dame Cathedral

Bangunan gereja ini pula terletak berhadapan dengan Saigon Central Post Office, dibina oleh Kolonial Perancis di antara tahun 1863 dan 1880. Ianya mempunyai 2 menara loceng berketinggian lebih kurang 58 meter (190 kaki). Yang menariknya tentang pembinaan bangunan ini adalah kesemua bahan pembinaannya dibawa khas dari Perancis. Dinding luar bangunan ini dibina dari batu bata yang dibawa khas dari Marseille, dan warna kemerahan batu bata ini tetap menyerlah sehingga ke hari ini. Kini, bangunan ini dibuka untuk acara-acara tertentu sahaja.


Gear Saya:
Sony A580 + Lensa Sony 16-80 3.5-4.5 CZ + Samyang 8mm 3.5 Fisheye
Saigon Central Post Office - Outside
Saigon Central Post Office - Inside
Saigon Central Post Office - Inside
Saigon Central post Office - Inside
Saigon Central Post Office - Inside
Saigon Central Post Office - Inside
Saigon Central Post Office - Inside
Saigon Notre-Dame Cathedral
Saigon Notre-Dame Cathedral
Saigon Notre-Dame Cathedral
Saigon Notre-Dame Cathedral
Saigon Notre-Dame Cathedral
Saigon Notre-Dame Cathedral
Saigon Notre-Dame Cathedral
Saigon Notre-Dame Cathedral

Leave A Comment