PENGALAMAN PERTAMA MEMILIH KAMERA DSLR

Saya mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi sekitar tahun 2007. Kamera yang saya miliki ketika itu adalah kamera kompak Kodak Easyshare (tidak pasti model yang mana) yang dibeli di PIKOM PC Fair 2007, KLCC dengan harga lebih kurang RM4++. Selepas itu saya mula melihat hasil-hasil fotografi melalui website di internet di samping mempelajari serba sedikit berkenaan istilah-istilah fotografi melaluinya.

Pada tahun 2008, saya mula bercita-cita untuk memiliki DSLR yang pertama. Setelah melakukan sedikit research di internet, saya telah kecilkan pilihan saya kepada 3 jenama iaitu Nikon D80, Canon 350D yang harganya pada ketika itu sekitar RM3+++ dan Sony A300 berharga sekitar RM2+++. Tempat yang menjadi pilihan saya ialah Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang dan kedai yang berjaya menarik perhatian saya ialah kedai kamera TARITA. Mereka telah kehabisan stok Nikon D80, yang tinggal hanyalah Sony A300 dan Canon 350D. Setelah melakukan sedikit ujikaji ke atas kedua-dua model tersebut akhirnya saya telah memilih Sony A300 untuk menjadi DSLR pertama saya. 2 faktor utama yang mempengaruhi saya untuk memilih kamera tersebut adalah kerana colour yang terhasil dan juga rekabentuk badan kamera tersebut yang terasa amat kemas di dalam genggaman saya di samping harganya yang jauh lebih rendah. Selain itu kamera dari jenama ini juga boleh menggunakan lens-lens minolta AF yang lama (siap boleh AF lagi!!) yang mana saya rasa colour yang dihasilkan oleh lens minolta ini sangat HEBAT!

Ketika ini (tahun 2014) saya masih setia dengan SONY. Selepas model A300, saya beralih ke A580 kemudian A77 seterusnya A850 (kamera fullframe pertama saya). Walaupon teknologi silih berganti, tetapi model A300, A580 dan A850 masih berada di dalam simpanan drybox saya bersama-sama line up lens Tokina 11-16 2.8, Minolta AF 28-75 2.8, Minolta AF 50mm 3.5 Macro 1:2, Sony AF 50mm 1.4 & Sony AF 70-300G 4-5.6.

Walaupon jenama C & N menjadi pilihan utama ramai penggemar fotografi hari ini, tetapi ingin saya tekankan saya BANGGA menggunakan SONY!! :)

make.believe

Terima kasih.
KKC (KembaraKameraCabuk)

Leave A Comment