RED BULL AIR RACE 2014, PUTRAJAYA, MALAYSIA

Buat pertama kalinya perlumbaan ini di adakan di Putrajaya, Malaysia bertempat di Tasik Putrajaya dari 17-18 Mei 2014.  Pada 17hb telah diadakan pusingan kelayakan dan perebutan "Challenger Cup", manakala pusingan akhir diadakan pada 18hb. Putrajaya merupakan destinasi ke tiga untuk siri Red Bull Air Race 2014 selepas Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu dan Rovinj, Croatia. Selepas ini siri perlumbaan akan diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu Gdynia, Poland; Ascot, Britain; Dallas/Fort Worth dan Las Vegas, Amerika Syarikat; dan berakhir di China.

Perlumbaan akhir yang bermula jam 3.30 petang berakhir lebih kurang jam 5.30 petang. Cuaca pada hari tersebut kurang mengizinkan dengan hujan rintik-rintik, awan mendung dan langit kelabu. Tidak banyak aksi yang berjaya dirakamkan memandangkan lokasi tempat saya berdiri agak jauh dari trek perlumbaan.

Siri perlumbaan Putrajaya telah dimenangi oleh peserta veteren dari Britain, Nigel Lamb, 58 menewaskan 11 pelumba lain dengan catatan masa 15.023 saat.

Gear Saya:
Sony A850 + Sony SAL 70-300G
Sony A580 + Sony SAL 70-300G








Leave A Comment