WINDOW OF THE WORLD, SHENZEN, CHINA

Window of the World merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di Shenzen, China.  Terletak di bahagian barat bandar Shenzen, kawasan ini berkeluasan 118 ekar dan mempunyai lebih kurang 130 replika bangunan-bangunan yang menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia. Replika bangunan di sini saiznya dibina berbeza dari ukuran bangunan sebenar mengikut nisbah sama ada 1:1, 1:5 atau 1:15.

Tempat ini dibuka seawal jam 9.00 am hingga 22.30 pm. Bayaran masuk bagi Dewasa & Kanak-kanak yang tinggi melebihi 1.5m adalah 160RMB. Kanak-kanak dari 1.2m-1.5m, Senior Citizen 65-69 tahun dikenakan bayaran sebanyak 80RMB, manakala bagi kanak-kanak 1.2m ke bawah dan Senior Citizen 70 tahun ke atas, masuk adalah PERCUMA. Bagi Evening Show (selepas 19.30 pm) bayaran adalah 50RMB.

Jika menggunakan teksi daripada airport, tambang adalah sekitar 70RMB, manakala jika menggunakan Subway, anda boleh menaiki Metro Line 1 dan berhenti di Shijiezhichuang (Window of the World) station. 

Gear Saya:
Sony A580 + Tokina 11-16 2.8 (1st version)

Netherlands
Kincir Angin, Belanda
London Bridge??
Belanda
Taj Mahal

Eiffel, Tower from Entrance

Leave A Comment